Ujian? Nasib? Atau Takdir Semata-mata??Banyak yang berlaku pada tahun ini. Ya, dan semuanya bukanlah perkara yang disenangi atau mudah diterima...
1) Penceraian antara Ibu dan Ayahku2) Pernikahan Ibu bersama seorang duda3) Kemalangan jalan raya yang menyebabkan kereta dinaiki Ibu melanggar seorang wanita sehinggakan kakinya putus.4) Duit habuan untuk artikel-artikel Berita Harian separuhnya tidakku terima5) Ibu dirompak semasa berada di Johor.6) Ayahku menghilang walaupun pada bulan Syawal ini.Aku sendiri tidak tahu mengapa aku dipilih untuk besemuka dengan perkara-perkara sebegini? Kelat rasanya jika hendak ditelan kesemuanya. Tetapi aku memaksa diriku sendiri. Jika aku gagal untuk menerima ujian ini dengan baik, adikku lagi akan berasa tidak terdaya memikul beban dengan umrur yang begitu muda.
Aku redha dengan apa yang teah terjadi lepada hidupku. Kita yang merancang, Allah yang menentukan. Aku berharap, atas segala yang berlaku, ada ikmahnya. Insyallah. Amin.
dA'Ruth
Friday, October 19, 2007