Kekurangan pada Ramadhan tahun ini.
Memang berlainan sekali semangat menyambut Ramadhan tahun ini dengan tahun-tahun sebelumnya. Tanpa sangsi memang aku percaya ada kekurangannya kali ini. Banyak yang telah berlaku hingga menyebabkan Ramadhan kali ini yang paling 'muram' buat diriku. Bohonglah aku jika aku mengatakan bahawa aku amat riang pada Ramadhan ini. Memanglah gembira kerana bulan ini amat bermakna dan mempunyai kelebihannya.
Apakah perasaan seorang anak yang tidak dapat berbuka puasa dengan ayahnya pada tahun ini? Apakah perasaaan seorang anak itu apabila berjumpa dengan ayahnya hanya sekali di bulan Ramadhan ini? Apakah yang ayah sajikan untuk berbuka? Siapakah yang memasakkan untuk ayah untuk sahur nanti? Soalan-soalan seperti ini sering bermain di dalam cawan fikirinku. Aku hanya berkesempatan sekali sahaja untuk berbuka bersama ayahku. Ayahku kini jauh dari sisiku. Mencium tangannya sebelum ke sekolah? Ah, selalu jumpanya di rumah. Memberitahunya sebelum keluar rumah? Jumpa juga nanti di rumah. Hari-hari akan kutemui ayahku. Namun begitu, itu dahulu. Kini memang aku merinduinya. Sangat merinduinya. Baru aku sedar wujudnya kasih sayang di antara ayah dan seorang anak. Baru kini kusedari bahawa buat apa hendak dimalukan jika seorang anak yang sebaya dengan aku ini mencium tangan ayahnya sebelum ke sekolah. Aku pelik. Mengapa ramai di luar sana yang hampir segan mencium pipi ayahnya sendiri di khalayak ramai ataupun di rumah sekalipun? Dewasa ini, ingin sekali aku mencium dan mendakap ayahku setiap hari. Ini hanya akan berlaku jika berkesempatan. Tidak seperti sekarang. Semuanya telah berubah.
Dengan sendirinya aku terfikir. Mengapakah aku dipilih untuk menghadapi segala onak dan duri hidup pada usia sesingkat aku ini?? Mengapa aku yang harus menempuh segala penderitaan emosi? Terlalu banyak perkara yang harus aku selesaikan. Keluarga, sekolah dan perhubunganku bersama kawan-kawan. Aku tahu untuk tidak mencampuradukkan masalah-masalah sedemikian. Walaubagaimanapun, itulah kelemahan diriku.
Aku ketawa, senyum dan bergurau di hadapan rakan-rakanku. Tetapi tahukah mereka betapa peritnya untuk aku menelan segala hempedu yang diberikan? Aku tidak pernah menunjukkan kepada mereka. Aku tidak rasa aku sudah matang dengan fatamorgana dunia di luar sana. Aku masih seorang budak kecil yang berumur 16 tahun dan yang masih lagi belum mahir dengan dunia sebenarnya. Tambahan lagi dengan keraguanku pada diriku sendiri.
Aku rindu keluargaku! Rindu sebuah keluarga yang telah mangasuhku hingga dewasa. Walaupun rumahtangga yang porak-peranda, sering bertengkar, pernah sesekali membenci kedua orang tuaku, yang juga pernah bersikap biadap dengan mereka, namun, merekalah keluargaku yang sebenar. Keluarga yang hadir sekali seumur hidup. Nenek dan datukku yang sudahpun selesa dipanggil 'mak' dan 'bak' telah pun bermastautin ke kampung. Lagilah jarang aku menemui mereka.
Ramadhan kali ini adalah yang paling bermakna buat diriku. Ini kerana perbezaannya yang amat ketara. Aku tidak lagi bersama keluargaku. Aku hanya bersama dengan ibuku dan adik perempuanku dan itu bukan keluarga. Definisi
KELUARGA bagiku adalah, Ibu, Ayah, Adikku dan Dirku sendiri.
"Ayah, walaupun abang jarang cium tangan ayah atau tak pernah sekalipun peluk ayah, jangan sangka yang abang tak pernah terniat pun nak lakukan itu semua. Abang memang nak sangat dakap ayah tapi memang abang rasa janggal sekali. Akhir kata, Abang sangat rindukan ayah dan abang betol sayangkan ayah"
"Janganlah sesekali perasaan malu itu wujud dalam diri kita untuk memeluk ataupun memberitahu mereka betapa sayangnya kita kepada mereka."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Friday, September 28, 2007