Today i just wanna start with sumthing serious...
Tahun ini adalah tahun yang agak sukar bagi diriku. Pelbagai masalah yang menimpa diriku. Terutama sekali keluargaku. Kadang0kala aku terfikir, memang benar jika orang mengatakan bahawa porak-peranda sesebuah rumahtangga akan meninggalkan kesan yang kurang baik kepada anak-anak. Pendek kata anak yang menjadi mangsa daripada pertelingkahan ibubapa. Terus terang, aku lebih rela melihat ibuku tidak bersama ayah lagi. Masing-masing kini sudah menjalani arah yang berlainan. Lebih baik daripada duduk serumah dengan berperangai hipokrit dan egoistik antara satu sama lain. Benci. Aku menyalahkan kedua-dua pihak. Memang payah untukku menerima ini semua tetapi aku yakin ini adalah pemberianNya untuk mendewasakan diriku sendiri. Bak kata guruku, aku ini dipilih untuk merasakan erti kehidupan dahulu daripada kawan-kawanku yang lain. Setelah bercerai, aku mengikut ibuku, juga dengan adikku. Kami tinggal di rumah 'L' di Jalan Kukoh dekat Outram Park. Alhamdulillah.. Walaupun tidak biasa duduk di rumah yang begitu kecil, aku tetap sudah biasa dengan ahli keluargaku sendiri.
Ramai yang lain boleh melihat aku bergembira. Aku sering bergurau dengan kawan-kawanku, Jarang sekali aku menangis di hadapan mereka. Adakah mereka tahu bahawa aku sedang mengalami masalah?? Aku bersyukur kerana tetap ada teman-temanku yang masih mengambil-berat tentang diriku. Terima Kasih aku ucapkan. Memang susah untuk mendapat seorang teman yang pandai menjaga perasaan dan memahami diriku ini. Untuk semua teman-temanku diluar, terutama sekali yang sering keluar bersama (FUN dll) , bertuah rasanya kerana mendapat rakan seperti kamu semua. Ada juga tempat untukku mengadu.
Kini, ibuku pun telah bernikah lagi. Walaupun tidak ditanya pendapatku atau izinku, aku tidak kesah. Aku gembira jika ini adalah yang terbaik untuk ibuku. Aku tahu ibuku sudah lama hidup merana. Cukup lah beban yang ditanggung selama ini. Dengan kata herdikan ahli keluarga sendiri. Tidak sanggup aku melihat ibuku merana lagi. Puas. Walaupun aku kadang-kala bersikap biadap terhadapnya, aku tetap sayangkan beliau. Keistimewaan ibuku terserlah kerana sikapnya yang tidak suka mengadu nasib kepada orang lain. Dia tidak mahu meminta simpati terhadap orang lain mahupun keluarga sendiri. Dia lebih rela berdiam diri dan menanggung bebannya seseorang kerana juga tidak mahu anak-anaknya diganggu.
Di hari pernikahan ibu kelmarin, Alhamdulillah berjalan lancar. Aku menangis bersendirian di dalam bilik. Tidak tahu mengapa. Aku harus gembira tetapi aku tersedu-sedu menangis. Sebenarnya aku masih rindukan ayah kandungku. Walaupun aku tahu mustahil, aku tetap berdoa agar mereka dapat berujuk semula. Aku akan berpuas hati apabila melihat ibuku gembira. Sudah cukup bagiku.
Seorang lagi yang main peranan dalam hidupku pada masa ini juga harusku berterima kasih. Aku yakin kau tidak pernah sedar bahawa kehadiran kau membawa riang dalam diriku. I'm just so touched because you are the first one to ask for my results in the morning! (i did cry anyways.) Yarh! corz its like so touching larh.. Its not my family but YOU!! Thanx alot! I really appreciate you! And, after i have gotten my results, you are the first one whom i called! Serious!! At least someone is waiting for my results. Not forgetting Yenny, Amin and Danny too... :))
I was waiting for my mom to call me but she did not. I was the one who called her bout my MT O'levels results. Haish.. Thats why, YOU were the first one to know bout my results!! Love YOU la gerl'!! hehekz... Alright, thinking of you makes me in a happy mood...
Wow, readers, i know i wrote in malay for the first few paragrahphs of my post. lolx.. Just feel like writing malay arh.. so yarh..
&& Congrats to all of my friends who scored Distinctions for Malay paper!! And the others who didnt manage to score As, dont give up.. U guys still have the chance to retake!!
&& YOU, I LOVE YOU!!!
Monday, August 13, 2007